SESI MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN =D

Assalamualaikum.

Apa khabar semua, lebih-lebih lagi pada pengunjung setia blog Arfaan Guesthouse semoga korang semua dalam sejahtera dan dirahmati hendakNya. 😉

Hari ini saya ingin berkongsi dengan korang tentang aktiviti kami menyertai Program Coaching MMM anjuran Richworks bertempat di Accapella Suite Hotel yang mana program ini membantu ramai usahawan yang ingin tingkatkan ilmu dalam perniagaan. Bagi kami team AGH memang sudah biasa menyertai program anjuran Richworks ni dan apabila datang sememangnya akan berjumpa dengan ramai kawan-kawan usahawan bersama dalam pelbagai bidang.


P.R dan ADMIN AGH selesai mendaftarkan diri =)

Selesai pendaftaran kami bersama ke depan dewan menunggu pintu dibuka sambil-sambil menyiapkan diri untuk menimba ilmu, selang beberapa minit mula bertambah kedatangan usahawan lain turut beratur bersama di hadapan dewan. Bermula saat inilah beberapa rakan usahawan kami memunculkan diri dan mula bertegur sapa. Maklum la masing-masing sibuk dengan urusan bisnes dan ni antara masa yang dapat berjumpa dan bertanya khabar.

Bersama Founder Batang Buruk Cair diHati Hedy's


Antara Founder merangkap rakan-rakan kami

Sebaik pintu dewan dibuka je masing-masing mencari tempat duduk yang tersedia, tapi yang utama adalah AURA yang terdapat dalam suasana dewan tempat menimba ilmu tu sangat-sangat dirindui. Kerana pelbagai aura Positif dalam nak memajukan diri dan berusaha tingkatkan ilmu bersama mentor yang dihormati Dr Azizan Osman. Cuma di sini saya tak dapat menunjukkan suasana tersebut kerana menghormati syarat yang ditetapkan di dalam dewan tidak dibenarkan mengambil atau merakam sebarang aktiviti. Apapun ilmu yang diterapkan dan yang diajarkan sangat-sangat bermanfaat dalam membantu untuk tingkatkan bisnes.

Seperti mana kami mendapat ilmu dalam bisnes dan ini adalah apa yang kami nak tingkatkan iaitu skill dan penambahbaikan dalam memberi perkhidmatan kepada korang yang datang ke Arfaan Guesthouse. Kami juga akan memastikan korang yang memilih dan menginap di AGH mendapat kepuasan, keselesaan dan keseronokan bila bermalam seperti berapa di rumah sendiri. 😊


Admin AGH
Public Relation AGH

Comments

Popular Posts