PERSIAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ni dah dah berpusu-pusu orang shopping 'last minute' cari baju raya tak kurang yang cari bahan masak untuk juadah pagi raya.
Kami para kakitangan Arfaan Guest House pun tak ketinggalan ke pasar besar Kip Mall shopping barang dapur habis-habis. Siap beli daun kelapa nak buat ketupat bawang. Cita-cita besar kami nak makan ketupat buatan sendiri harap-harap kesampaian la hendaknya ðŸ˜‚😂

Image may contain: fruit and food
bermacam jenis sayur segar di pasar besar ni. Semuanya nampak segar.



Image may contain: 3 people, food

No photo description available.
Bermacam rempah ada. Pilih sahaja yang mana berkenan.

Image may contain: one or more people
Ramai betul orang di pasar besar ni. masing-masing nak melengkapkan juadah di pagi raya nanti.

Alhamdulillah bakul hampir penuh dengan ketupat anyaman kami. inshaAllah malam ni boleh rebus dalam kawah kat luar rumah. Semua pakat-pakat belajar menganyam ketupat. macam-macam rupa ada

Image may contain: food
Ketupat bawangkah? atau ketupat satay kah? nak anyam ketupat lain. Lain pulak jadinya..

Tak ketinggalan rendang pun dah siap masak pagi2 hari ni. Ya Allah baunya sangat lah meneylerakan. Rasa tak sabar nak makan esok! tapi sabarlah dah tinggal 1 hari saja lagi. alangkah ruginya kalau tak kejar puasa di hari terakhir dalam bulan  Ramadhan ni kan..
Ada yang dah siap-siap masak macam ni jugak atau tengah buat persiapan untuk raya esok? Selamat memasak ya. Apapun moga dipermudahkan urusan anda semua ya. 
Salam 30 Ramadhan. Sayu Rasanya bila Ramadhan dah melabuhkan tirainya. Moga kita semua dipanjangkan umur dapat jumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. InshaAllah.. Amiin..


Comments

Popular Posts